Wednesday, January 27, 2010

Selamat Pengantin Baru..


Alhamdulillah pada 24 Januari 2010 yang lepas telah berlangsung majlis perkahwinan salah seorang staff Jabatan Bendahari iaitu Cik Idawati bersama pasangannya En. Seh Mohd Rizal. Majlis perkahwinan serba gemilang telah diadakan di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Tahniah & Selamat Pengantin Baru diucapkan. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..amin...

'Ahli' baru Jabatan Bendahari

Jabatan Bendahari secara automatik telah menambah ahlinya apabila seorang staff Jabatan Bendahari ( Puan Haliena ) telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 5 januari 2010. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Bayi tersebut diberi nama Nurhazikah. Kelab Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah dan selamat mengharungi alam ibu-bapa yang pasti mencabar & menyeronokkan.