Thursday, July 9, 2009
TAKZIAH..
Pada 3 Julai 2009 yang lepas, ayah kepada En. Zulkafly bin Adnan telah kembali ke rahmatullah. Jabatan Bendahari melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada beliau. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ayah beliau... Al-Fatihah....
Bengkel Pemantapan Jabatan Bendahari

Pada 19 - 21 Jun 2009 yang lepas, satu bengkel pemantapan telah dijalankan oleh Jabatan Bendahari di Selesa Resort, Bukit Tinggi.
Antara agenda penting adalah menentukan MISI, VISI dan PIAGAM PELANGGAN untuk Jabatan Bendahari.
Selain itu, ceramah dan praktikal tentang cara yang betul bagi mewujudkan fail meja juga telah diadakan dengan menjemput penceramah luar.
Bengkel tersebut telah berjalan dengan jayanya. Diharap bengkel seperti ini akan selalu diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim dan menjadikan kakitangan Jabatan Bendahari lebih cekap dan berkesan dalam melakukan tugas masing-masing.
Aluan..
Selamat datang ke Blog Kelab Jabatan Bendahari. Disini akan dimuatkan segala aktiviti dan maklumat yang berkaitan dengan kakitangan Jabatan Bendahari.
Info-info yang dipaparkan khusus untuk info tidak formal yang tidak berkaitan dengan urusan rasmi. Blog ini diwujudkan oleh Kelab Jabatan Bendahari sebagai platform untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara kakitangan.
Diharap semua ENJOY!!..
Daripada,
IKSAN TAMRIN
(Pengerusi Kelab Jabatan Bendahari)
Info-info yang dipaparkan khusus untuk info tidak formal yang tidak berkaitan dengan urusan rasmi. Blog ini diwujudkan oleh Kelab Jabatan Bendahari sebagai platform untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara kakitangan.
Diharap semua ENJOY!!..
Daripada,
IKSAN TAMRIN
(Pengerusi Kelab Jabatan Bendahari)
Subscribe to:
Posts (Atom)